Rabu, 27 November 2013

Perjalanan Spiritual Shaykh Muhammad Nazim Adil Al-Haqqani

Perjalanan Spiritual Shaykh Muhammad Nazim Adil Al-Haqqani -(Bagiang
terakhir)
Kunjungan ke Wali Agung Di Timur Jauh (Kunjungan ke Pondok Pesantren
Suryalaya,Indonesia menemui Syaikh Maulana Ahmad Shohibul Wafa Tajul Arifin qs. 05
Mei th.2001)
Syaikh pernah bertanya dalam diri Beliau: siapakah manusia yang paling ikhlas di dunia
saat ini? Allah SWT menjawab pertanyaan beliau dalam mimpinya, manusia yang paling
ikhlas saat ini adalah seorang hambaKU yang berada di Timur Jauh (Asia Tenggara) yang
bernama Shohibul Wafa.
Sejak saat itu nama dalam mimpi beliau itu tidak dapat beliau lupakan, ada perasaan
rindu untuk bertemu dengan seseorang yang bernama Shohibul Wafa, getarannya
sangatlah kuat.
Tahun 2001 setelah berkesempatan untuk mengunjungi Jakarta terasa getaran itu semakin
kuat untuk bertemu dengan sosok kekasih Allah yang bernama Shohibul Wafa. Bukankah
dalam mimpi beliau Shohibul Wafa sudah disebut Allah sebagai hambaKU. Tidak banyak
manusia diakui oleh Allah sebenar-benar hambaNya. Beliau dan rombongan akhirnya
dari Jakarta menuju Bandung untuk selanjutnya menuju Pesantren Suryalaya
mengunjungi dan bersilaturahmi dengan saudara beliau yang bernama Shohibul Wafa.
Berikut ini Pidato Syaikh Nazim Adil al-Haqqani,Mursyid Thoriqah Naqsyabandi Haqqani
di Pondok Pesantren Suryalaya tgl.05 Mei 2001
“Banyak para alim ulama dan para cendikiawan muslim memberikan pengetahuan agama
kepada umat, pengetahuan itu bagaikan lilin-lilin, apalah artinya lilin-lilin yang banyak
meskipun lilin-lilin itu sebesar pohon kelapa kalau lilin-lilin itu tidak bercahaya. Dan
cahaya itu salah satunya berada dalam qalbunya beliau ( Syekh Ahmad Shohibul Wafa
Tajul ‘Arifin).
Saya tidak tahu apakah Nur Illahi yang dibawanya akan putus sampai pada beliau saja,
atau masih akan berlanjut pada orang lain. Tapi saya yakin dan berharap, sesudah beliau
nanti masih akan ada orang lain yang menjadi pembawa Nur Illahi itu.Siapakah
orangnya, saya tidak tahu.
Maka Anda sekalian para hadirin, ambillah Nur Illahi itu dari beliau saat ini. Mumpung
beliau masih ada, mumpung beliau masih hadir di tengah kita, sulutkan Nur Illahi dari
qalbu beliau kepada qalbu anda masing-masing. Sekali lagi, dapatkanlah Nur Ilahi dari
orang-orang seperti Syekh Ahmad Shohibulwafa Tajul ‘Arifin.
Dari qalbu beliau terpancar pesan-pesan kepada qalbu saya. Saya berbicara dan
menyampaikan semua pesan ini bukan dari isi qalbu saya sendiri. Saya mengambilnya
dari qalbu beliau. Di hadapan beliau saya terlalu malu untuk tidak mengambil apa yang
ada pada qalbu beliau. Saya malu untuk berbicara hanya dengan apa yang ada pada
qalbu saya sendiri.” -tamat ringkasan pidatonya
--Pidato Syaikh Nazim diatas juga pernah dimuat di Majalah Sufi “Lilin-lilin tapi tidak
bercahaya”
Bagi mereka yang mencintai perjalanan kerohanian, dan berkesempatan berhadapan
dengan Abah Anom di Suryalaya, pasti akan terasa kehaibatannya dan getarannya yang
mengharukan, kerana beliau ibarat ''bapak'' kita. Ramai yang menangis bila berhadapan
dengan Abah buat kali pertamanya samada penziarah itu termasuk dari para pengikutnya
mahupun selain mereka. Ketika ingin pulang ke tanah air sahaja, akan terasa kesedihan
yang amat sangat, persis perasaan yang sama ketika meninggalkan 'Ka'batullah '. Alfaqir
sendiri mengalami perkara yang sama, walaupun berkali-kali berkujungan ke Surayalaya,
yang anehnya, ketika detik-detik ingin pulang, kita terasa seolah-olah tidak dapat
berjumpa dengan Abah lagi..ada yang memeluk Abah dengan eratnya, ada yang menangis
tidak terkawal dan sebagainya. Mengikut hemat alfaqir, ini adalah kesan bagi maqam
'ka'batul wasilin' yang pernah diberikan Allah SWT kepada Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani
q.s.
Kejadian sama berlaku ketika Syaikh Nazim berkunjungan ke Abah, selepas mengucapkan
selamat tinggal kepada Abah yang berkerusi roda di dalam madrasah ketika itu, Sheikh
Nazim beserta rombangan meninggalkan madrasah keluar ke mobil-mobil masing-masing
untuk berangkat pulang, anehnya apabila semua sudah berada di dalam kenderaan
masing-masing, Syaikh Nazim masih belum menaiki mobilnya, beliau seolah-olah tidak
terdaya untuk naik kenderaannya , beliau patah balik masuk ke madrasah mengucapkan
selamat jalan buat kali keduanya kepada Abah. Ini berlaku sehingga 3 kali, masuk
madrasah keluar balik, masuk madrasah keluar balik,....... Syaikh Nazim 'tidak berdaya
menaiki kendaraannya 'mungkin' oleh kerana perasaan cinta dan kasih yang amat sangat
mencegahnya untuk berpisah dengan Abah Anom.
Abah mengesan perasaan yang menyelimuti Syaikh Nazim, Abah meminta para
pembantunya agar beliau di bawa keluar dari madrasah sehingga mengiringi para tetamu
di lapangan perpisahan di hadapan kenderaan mereka masing-masing. Ketika itu Syaikh
Nazim berjumpa sekali lagi dengan Abah Anom mengucapkan 'Selamat Jalan'nya yang
terakhir. Pada waktu itu satu , Abah mengeluarkan dari sakunya sebentuk cincin permata
merah di hadiahkan kepada Sheikh Nazim. Barulah Sheikh Nazim kelihatan kuat untuk
meninggalkan tempat itu.
Sebahagian dari karomah Abah yang masyhur , apabila ingin memberi sesuatu kepada
orang-orang yang di sayangi, cukup dengan menyeluk sakunya , akan adalah cincin atau
tasbih atau apa sahaja yang di tentukan Allah SWT buat ketika itu.
Dari berbagai sumber.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar