Minggu, 07 Juli 2013

Kisah sufi

Abah Anom dan Prof Drs Haji Aboebakar Atcheh

Seorang tokoh agama, ulama, pemimpin pertubuhan Islam
dan penulis yang tak asing lagi dalam masyarakat kita, beliau
adalah Prof Haji Aboebakar Atjeh yang dilahirkan pada tahun
1909 dan wafatnya diperkirakan jatuh pada tahun 1979 .
Siapa yang dapat menyangka tokoh agama dan ulama ini -
yang mempunyai lebih dari 19 karya penulisan agungnya,
pemimpin pertubuhan yang besar di Indonesia , pernah
menentang Tasauf dan Thoriqah , akhirnya menyerahkan diri
untuk beramal dengan amalan berthoriqah.

Dikatakan, Almarhum Prof Aboebakar Atjeh, dalam tahun-
tahun kegemilangannya dalam kepimpinannya, menentang
ajaran Tasauf dan Thoriqah khusus di Indonesia , dalam
masa yang sama beliau mencari seorang guru mursyid yang asli dalam senyap. Beliau telah
bermusafir ribuan batu jauhnya meninggalkan tanah air kerana kehausan rohani dalam
hidupnya.

Bagi Alfaqir, riwayat hidup Almarhum Prof Aboebakar ini sama persisi seperti riwayat hidup
Imam Al-Ghazali, yang pada awalnya menentang Tasauf tapi kemudian mencari dan akhirnya
bertemu dengan orang yang di cari-cari. Almarhum Prof Aboebakar Atjeh telah ke India, China,Turkey dan lain-lain Negara Arab/ Islam dalam mencari seorang guru mursyid yang asli,bertahun lamanya, beliau hidup dalam bermusafir dalam kehausan rohani.
Pada tahun 1976 , ketika almarhum mengunjungi tempat kami di Singapura beliau menceritakan
dengan titisan air mata kekesalan dan terharu atas ni’mat Allah , bahawa beliau bersyukur
bertemu dengan guru mursyid yang beliau sendiri letakkan ciri-cirinya berdasarkan kajiannya
itu, akhirnya berhasil, bila ditanya oleh ikhwan kami Hj Yahya Hanafiah - dimana Almarhum
menginap selama seminggu dirumahnya ( gambar photo Hj Yahya no 4 dari kiri ) ,
Kenapa bapak kelihatan kesal lebih dari gembira ? ‘Jawab Almarhum : ‘Bapak berjumpa guru
mursyid dalam negeri sendiri, bapak jumpa Abah, dalam usia sisa-sisa ini dan sudah tidak
boleh buat apa-apa lagi, jika bapak masih muda lagi,
pasti banyak bapak boleh bantu Abah....’’

kata-kata Almarhum yang di akhiri dengan tangisan tanpa suara yang memberikan kesan kepada
sekeliling yang mendengar dan mereka juga melinangkan airmata
Perjuangan ilmiah Almarhum tidak habis begitu sahaja, Abah memintanya agar di terjemahkan
kitab Miftahus Sudur yang berbahasa Arab ke bahasa Indonesia. Almarhum sempat
menterjemahkannya dengan baik dan sempurna , sebelum menghembuskan nafasnya yang
terakhir.

Sehingga hari ini, jariah Almarhum masih berjalan terus kerana kitab ini telah dapat
dimanfaatkan lebih dari 5 juta para ikhwan Indonesia ( catatan statisktik 1987 ) yang
mengamalkan thoriqahnya dan berapa banyak lagi yang dapat manfaat dari kitab ini dari para pembaca umat Islam secara umum tidak dapat kita mengagaknya.
Penerimaan Almarhum dan baiáhnya ke dalam Thoriqah Qodiriyah Naqsyabandiyah di Pondok
Pesantren Suryalaya , membataskan bagi dirinya ciri-ciri guru mursyid pada awalnya
berdasarkan kajian ilmu Tasauf, sehingga bertahun-tahun hidup kehausan dalam bermusafir,
melambangkan kehebatan dan ketepatan ilmunya dan sekaligus adalah isyarat kepada karomah Abah Anom.

Semoga Allah mencucurkan RahmatNya kepada Almarhum Bapak Professor Haji Aboebakar
Atjeh, Alfatehah .......

Tidak ada komentar:

Posting Komentar