Minggu, 25 Agustus 2013

10 Janji Allah Kepada Yang Ingin Berkahwin

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul
pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga
tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf
sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah
wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah
buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang
baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan
ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah.
Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang
layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka
miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas
(Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah
satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai
pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai
gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji
sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang
pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam
masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari
nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab
para pemuda bertambah dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-
anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat
kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-
apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan
mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi
sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang
menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi,
Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak
mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini.
Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari
jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-
Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-
benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan
bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan
masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan
diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan
pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas,
bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan,
dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa
pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit
dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan juga penghalang terkabulnya
doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian
dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah, Manfaat lain dari
berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat
meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha
Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-
dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar