Minggu, 25 Agustus 2013

Rahsia dan Kelebihan Qailulah

Cuba kita praktikan Sunnah Rasullah s.a.w ini dengan istiqamah. Sabda Rasullah s.a.w
"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat
ai-Tabrani)
Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.
Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik
ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan
selepas Zohor.
Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita
di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun
solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.
Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam
dan berqiamulail.
Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan
dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat
mengelakkan penyakit jantung.
Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan
bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga
pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah
sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah
badan manusia.
Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah,
kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan
mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.
Sama-samalah kita amalkan sunnah Qailulah ini. Renung-renungkan dan selamat
beramal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar